Ulama Ahlussunnah yang Mentakwil Istiwa dengan Istaula

Ulama Ahlussunnah  yang Mentakwil Istiwa dengan Istaula

Alangkah Wahabi ini bodoh atau memang tidak tau, banyak dari kalangan ulama AhluSunnah mentakwil istiwa dengan istaula

👉 Apakah Wahabi berani dan menuduh semua ulama ini muktazilah karna mentakwil istiwa dengan istaula? 👇👇

________

✅ Imam Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir ath-Thabari (w 310 H) dalam kitab tafsirnya, Jami’ al-Bayan mengatakan bahawa makna Istawa mengandung beberapa makna, di antaranya dalam makna bertempat dan dengan makna menguasai. Lalu ibn Jarir mentakwil firman Allah QS. Al-Baqarah: 29 “Tsummastawa Ilas sama’” beliau berkata: “Maknanya ketinggian kekuasaan (uluww Mulk wa sulthan), bukan dengan makna tinggi bertempat, pindah dan berubah”. (Jami’ al-Bayan ‘an ta’wil Ay al-Quran j. 1, h. 191-192).

👉 Tulisan ibn Jarir ini adalah pensucian Allah dari arah dan tempat, dari bersemayam, duduk, membayangi di atas sesuatu, dan dari berbagai sifat-sifat benda lainnya. Dalam mukadimah kitab Tarikh, Ibnu Jarir menuliskan tentang Allah sebagai berikut: “Dia Allah tidak diliputi oleh segala prasangka, tidak diliputi oleh segala tempat, dan tidak dapat diraih oleh segala pandangan mata [artinya di dunia ini”.(Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk, j. 1, h.3)

✅ Imam al-Mutakallim Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad al-Maturidi al-Hanafi (w 333 H) dalam kitabnya berjudul Kitab Ta’wilat Ahl as-Sunnah. Dalam menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5, berkata: “atau dalam makna menguasainya (menguasai arasy), kerana tidak ada menguasainya dan tidak ada yang mengaturnya selain Dia Allah”. (Ta’wilat Ahlussunnah, j. 1, h. 85)

✅ Imam al-Lughawiy Abu al-Qasim Abdul Rahman ibn Ishaq az-Zajjaji (w 340 H) dalam kitab karyanya Isytiqaq Asma’ Allah. Adz-Dzahabi berkata: “Dia adalah tuan guru bahasa Arab (Syeikh al-‘Arabiyyah), murid dari ahli bahasa Abu Ishaq Ibrahim ibn as-Sarriy az-Zajjaj dan nama az-Zajjaji adalah nisbah kepada nama gurunya tersebut”. Dalam kitab Isytiqaq Asma’ Allah, az-Zajjaji menuliskan bahawa nama Allah al-‘Alyy dan al-Ali adalah dalam pengertian yang Maha menguasai dan Maha menundukkan atas segala sesuatu. (Istiqaq asma’ Allah, h. 109)

✅Al-Hafizh Abul Qasim Sulaiman ibn Ahmad ibn Ayyub ath-Thabarani (w 360 H), dalam kitab at-tafsir al-Kabir berkata: “al-Istiwa’ maknanya al-Istaula (menguasai). Allah azali dalam menguasai atas segala sesuatu dari makhluk-Nya, adapun penyebutan secara khusus menguasai arasy adalah kerana untuk mengagungkan arasy [kerana dia makhluk yang paling besar bentuknya]”. (At-tafsir al-Kabir, Tafsir al-Quran al-‘Azhim, j. 3, h. 372)

✅ Asy-Syeikh al-Imam Abu Bakar Ahmad ar-Razi al-Jash-Shash al-Hanafi (w 370 H) dalam kitab ahkam al-Quran dalam menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5 (Ahkam al-Quran , j. 3, h. 325)

✅Abu Laits Nashr ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi (w 375 H) dalam kitab tafsirnya berkata: “Di antara makna Istawa adalah Istaula”. ( Tafsir as-Samarqandi yang dinamakan dengan Bahr al-‘Ulum, j. 2, h.229)

✅Imam Abu Bakr ibn Furak al-Ashbahani (w 406 H) dalam kitab karyanya berjudul Musykil al-Hadits berkata: “Istiwa Allah atas arasy bukan dengan makna bertempat dan bersemayam, tetapi dengan makna menguasai, mengatur dan dengan makna yang agung (suci) pada sifat-Nya, bukan dengan makna (sifat) yang menyerupai bagi makhluk”. (Kitab Musykil al-Hadits, Ta’wilal-Akhbar al-Mutasyabihah, h. 229)

✅ Imam Abu Mansur Muhammad ibn al-Hassan ibn Abi Ayyub al-Ayyubi an-Naisaburi (w 421 H) berkata: “Sesungguhnya kebanyakan ulama mazhab Syafi'i yang selepasnya (muta’akh-khir al-Ash-hab) mengatakan bahawa makna Istawa adalah Istaula”. (Dinukilkan oleh al-Bayhaqi dalam kitab al-Asma’ wa Ash-Shifat, h.382)

✅ Imam Abu Muhammad Abdullah ibn Yusuf al-Juwaini, ayahnda Imam al-Haramain (w 438 H) dalam kitab berjudul Kifayat al-Mu’taqad. ( Dinukilkan oleh al-Hafizh Muhammad Murtadha az-Zabidi dalam Ithaf as-Sadah al-Mutaqqin, j. 2, h. 110)

✅ Imam al-Mufassir Abu al-Hasan Ali ibn Muhammad al-Mawardi (w 450 H) dalam kitab an-Nukat Wa al-‘Uyun Tafsir al-Mawardi. (An-Nukat Wa al-‘Uyun, j. 2, h. 229)

✅ Imam al-Hafizh Abu Bakar ibn al-Hussain ibn Ali al-Bayhaqi (w 458 H) dalam kitab karyanya al-Asma’ Wa ash-Shifat. (Al-asma’ wa ash-Shifat, h. 412)

✅Imam al-mufassir Abu al-Hasan Ali ibn Ahmad al-wahidi (w 468 H) dalam kitab tafsirnya berjudul al-Wajiz Fi Tafsir al-Quran al-Azizi. ( Al-Wajiz Fi Tafsir al-Quran al-Aziz j.2, h. 15)

✅Imam Abu Ishaq asy-Syirazi (w 476 H) dalam kitab karnyanya berjudul al-Isyarah Ila Mazhab Ahl al-Haqq, menuliskan: “Di antara mereka (para ulama Ahlussunnah) berkata: “Al-Istiwa’ dengan makna al-Istila’ (menguasai), Istawa ‘ala al-Arasy ertinya menguasai arasy, dalam bahasa jika dikatakan “Istawa fulan ala al-Mulk”, maka ertinya “si fulan menguasai pemerintahan”. ( Al-isyarah Ila Madzha ahl al-Haqq, h. 155-156)

✅ Al-mufassir asy-Syeikh al-Husain ibn Muhammad al-Damighani al-Hanafi (w 478 H) dalam kitab karnyanya berjudul Ish-lah al-Wujuh, berkata: “Al-Istiwa’ maknanya al-Qahr dan al-Qudrah (menguasai), firman Allah dalam Qs. Thaha: 5 maknanya Dia Allah yang Maha menguasai arasy”. (Qamus al-Quran, Ish-lah al-Wujuh Wa an-Nazh-ir Fi al-Quran al-karim, h. 255)

✅ Imam al-Mutakallim Abul Ma’Ali Abdul Malik ibn Abdullah al-Juwaini asy-Syafie yang dikenal dengan sebutan Imam al-Haramain (w 478 H) dalam kitab karyanya al-Irsyad. (Al-Irsyad, h. 59. Demikian pula dalam karya beliau lainnya yang berjudul Luma’ al-Adillah, h. 108)

✅Imam Abdul Rahman ibn Muhammad asy-Syafi'i yang dikenal dengan nama al-Mutawalli (w 478 H) dalam kitab karyanya al-Ghunyah. (Al-Ghunyah, 78.)

✅ Ahli nahu terkemuka (an-Nahwiy), Abul Hasan Ali ibn Fadh-dhal al-Mujasyi’i (w 479 H) dalam kitab berjudul an-Nukat Fi al-Quran al-karim. (An-Nukat Fi Al-Quran al-karim, h. 174-175)

✅ Imam al-Lughawiy al-Mufassir Abu al-Qasim ibn Muhammad yang dikenal dengan sebutan ar-Raghib al-Ashbahani (502 H) dalam kitab karyanya Mufradat Gharib al-Quran. (Al-Mufradat Fi Gharib al-Quran, h. 251.)

✅ Imam ash-Shufiy al-Mutakallim Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (w 505 H) dalam kitab karyanya yang sangat masyhur Ihya Ulumiddin. ( Ihya Ulumiddin, j. 1, h. 127)

✅ Imam al-Mutakallim Abu al-Mu’ain Maimun ibn Muhammad an-Nasafi al-Hanafi (w 508 H) dalam kitab karyanya Tabshirah al-Adillah. ( Tabshirah al-Adillah, j. 1, h. 184)

✅Imam al-Mutakallim Abu Nashr Abd ar-Rahim ibn Abd al-karim ibn Hawazan al-Qusyairi (w 514 H) dalam risalah karyanya berjudul at-Tadzkirah asy-Syarqiyyah. Risalah Abu Nashr al-Qusyairi ini dinukilkan oleh Imam al-Hafizh Muhammad Murtadha az-Zabidi dalam kitab karyanya Ithaf as-Sadah al-Mutaqqin bi Syarh Ihya Ulumiddin”. ( Ithaf as-Sadah al-Mutaqqin, j. 2, h. 108)

✅ Al-Qadhi asy-Syeikh Abu al-Walid Muhammad ibn Ahmad al-Maliki (w 520 H), yang lebih dikenali dengan sebutan Ibn Rusyd al-Jadd (Abang kepada Ibn Rusyd penulis Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtashid), sebagaimana dinukilkan dan disetujui oleh Ibn al-Hajj al-Maliki dalam kitab karyanya berjudul al-Madkhal. ( Al-Madkhal, j. 2, h. 148

✅ Al-Allamah al-Usuliy Abuts Tsana’ Mahmud ibn Zaid al-Lamisyi al-Hanafi al-Maturidi (w 522 H) dalam kitab at-Tahmid Li Qawa-id at-Tauhid. ( At-Tahmid Li Qawa-id at-Tauhid, h. 109)

👉 Nah dari berbagai nukilan ulama diatas dari Salaf dan Khalaf , adakah salafi Wahabi masih menganggap takwilan istaula dari Muktazilah ? Jika iya sungguh alangkah cacadnya pemahaman mereka , dan saya berlepas diri dari kebodohan yang dipertahankan oleh mereka. 

baca juga kajian tentang ulama berikut :

Sumber FB : Aqidah Salaf

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Ulama Ahlussunnah yang Mentakwil Istiwa dengan Istaula - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan Ilmu, Taufiq dan Hidayah-Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®