Tokoh-Tokoh Besar Ulama Umat Islam

Tokoh-Tokoh Besar Ulama Umat Islam

AL-ASHAʿIRAH DAN AL-MATURIDIAH: TOKOH-TOKOH BESAR ULAMA’ UMAT ISLAM 

Pusat Fatwa Umum (Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm) Jordan menyebut di dalam kitab terbitannya “ʿAqīdat al-Muslim”, [muka surat:14-15, cetakan ke-3]:

ومن بعد هذين الإمامين الجليلين جاء أئمة أهل السنة من طبقات الفقهاء والمحدثين والمفسرين وعلماء القراءات وأهل اللغات العربية وعلماء العقيدة الإسلامية وأصول الفقه؛ كالإمام الباقلاني، والحافظ ابن فورك، وأبي عمرو الداني، ومكي بن أبي طالب، وإمام الحرمين الجويني، وحجة الإسلام الغزالي، والإمام النسفي، وفخر الدين الرازي، وعضد الدين الإيجي، ومحيي السنة البغوي، والعلاء البخاري، ومحيي الدين النووي، وأمير المؤمنين في الحديث ابن حجر العسقلاني، والإمام الحافظ البيهقي، والسخاوي، والسيوطي، والبيضاوي، والعراقي، والعز ابن عبد السلام، والكمال ابن الهمام، وغيرهم ممن يطول الكلام بذكرهم، وهؤلاء جميعا على مذهب أهل السنه والجماعة؛ إما الأشاعرة وإما الماتريدية، لم يحدثوا شيئا في الدين، وهم من أهل القبول والهدى عند جماهير الأمة الإسلامية

“Dan selepas kedua-dua Imam (al-Imām Abū al-Ḥasan al-Ashʿarī & al-Imām Abū Manṣūr al-Māturīdī) yang agung ini, telah muncul para imam Ahli Sunnah Wal Jama’ah daripada kalangan fuqahā’ (ulama’ fiqh), muḥaddithīn (ulama’ hadith), mufassirīn (ulama’ tafsir), ulama’ qirā’āt al-Quran, ahli bahasa arab, ulama’ akidah dan usul fiqh seperti:

• Imam Abū Bakr al-Bāqillānī

• Imam al-Ḥafiẓ Ibnu Fūrak

• Imam Abū ʿAmr al-Dānī

• Imam Makkī bin Abū Ṭālib

• Imām al-Ḥaramayn al-Juwaynī

• Imam Ḥujjat al-Islām al-Ghazālī

• Imam al-Nasafī

• Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī

• Imam ʿAḍud al-Dīn al-Ījī

• Imam Muḥyi al-Sunnah al-Baghawī

• Imam al-ʿAlā’ al-Bukhārī

• Imam Muḥyī al-Dīn al-Nawawī

• Imam Amīr al-Mu’minīn fī al-Ḥadīth Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī

• Imam al-Ḥafiẓ al-Bayhaqī

• Imam al-Sakhāwī

• Imam al-Suyuṭī

• Imam al-Bayḍāwī

• Imam [al-Ḥāfiẓ] al-ʿIrāqī

• Imam [Sulṭān al-ʿUlamā’] al-ʿIzz bin ʿAbd al-Salām

• Imam al-Kamāl Ibnu al-Humām

dan selain mereka yang terlalu ramai untuk disenaraikan. 

Mereka ini kesemuanya berada di atas mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah, sama ada al-Ashā’irah atau al-Māturidiyyah, dan mereka tidak mengada-ngadakan perkara baru (bid’ah) di dalam agama, bahkan mereka adalah para ulama’ yang mendapat penerimaan dan petunjuk menurut pandangan majoriti umat Islam.”

Ini hanya secuil dari nama Ulama Asy'ariyah - Maturidiyyah lintas masa. Siapa yang tak kenal mereka maka ilmu keislamannya masih cetek. Siapa yang menyesatkan akidah mereka, maka akalnya di bawah nol.

by Ustadz Abdul Wahab Ahmad

Tokoh Pemimpin dan Ulama Berwibawa Dunia Islam

Al-Ashāʿirah adalah Tokoh Pemimpin dan Ulama’ Berwibawa Dunia Islam Yang Sangat Berjasa Sepanjang Zaman 

Pusat Fatwa Umum (Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm) Jordan (2023) menyebut di dalam kitab terbitannya “Aqīdat al-Muslim”, muka surat: 88:

الأشاعرة هم جمهور المسلمين في شتى العصور ومختلف الأزمنة، وكان علماؤهم وفقهاؤهم أصحاب الدولة والمناصب العلمية المرموقة، وهم الذين كانوا يتولون إنشاء المدارس، وتدوين العلوم وتدريسها للطلبة، وهم الذين كانوا يحافظون على أحكام الشريعة الإسلامية، ويدافعون عن الدين الإسلامي الحنيف، وكانوا مشهورين بالعدل والإنصاف.

“Al-Ashāʿirah adalah merupakan majoriti umat Islam di segenap zaman dan sepanjang masa. Para ulama’ dan fuqaha’ daripada kalangan mereka adalah para pemimpin negara Islam dan ilmuan berwibawa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ilmu lagi dihormati.

Mereka adalah para pemimpin dan ulama’ yang memainkan peranan dalam menubuhkan madrasah-madrasah [di dalam dunia Islam], dan mengarang [kitab-kitab dalam] pelbagai jenis bidang ilmu, serta mengajarkannya kepada para penuntut ilmu.

Dan mereka adalah [para pemimpin dan ulama’] yang memelihara hukum-hukum Syariat Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini dan mereka begitu terkenal dengan keadilan dan kesaksamaan.”

Sultan Ṣalaḥ al-Din Al-Ayyubi (w.589H)

Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Al-Ayyūbī (w.589H): 

Di antara Pemimpin Berakidah ASWJ Al-Ashāʿirah Yang Terulung dan Sentiasa Berusaha Menyebarkan Akidah Al-Ashʿarī

Pusat Fatwa Umum (Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm) Jordan (2023) menyebut di dalam kitab terbitannya “Aqīdat al-Muslim”, muka surat: 88-89:

Dan di antara [para pemimpin dan ulama’ al-Ashāʿirah] yang masyhur adalah al-Imam al-Fatih al-Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Al-Ayyūbī (532H-589H), beliau merupakan pembuka Baitul Maqdis dan pembebasnya daripada tentera salib.

Berkenaan beliau, al-Imam Jalal al-Din al-Suyuti (w.911H) berkata:

كان السلطان صلاح الدين الأيوبي رحمه الله شافعيَّ المذهب أشعريَّ الاعتقاد، وقد كان له اعتناء خاص بنشر عقيدة الإمام الأشعري رحمه الله وقد أمر السلطان صلاح الدين الأيوبي المؤذنين في وقت التسبيح أن يعلنوا بذكر العقيدة الأشعرية، فوظَّف المؤذِّنِين على ذكرها كل ليلة، وقد كان السلطان صلاح الدين رضي الله عنه حافِظَ القرآن وحافِظَ كتاب (( التنبيه )) في الفقه الشافعي وكان دَيِّنًا ورعًا غازيًا مجاهدًا تقيًّا. 

“Al-Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Al-Ayyūbī - semoga Allah merahmati beliau - adalah seorang yang BERMAZHAB SYAFIE dan BERAKIDAH ASHʿARĪ, dan beliau sangat mengambil berat tentang penyebaran aqidah [ASWJ] al-Imām [Abū al-Ḥasan] Al-Ashʿarī [di kalangan masyarakat Islam] - semoga Allah merahmati beliau.

Al-Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Al-Ayyūbī telah memerintahkan para muazzin untuk membaca dengan suara yang kuat pada waktu tasbih (akhir malam) akidah [ASWJ] Al-Ashʿarīyyah. Baginda telah menugaskan para muazzin untuk membacanya pada setiap malam. 

Al-Sultan Ṣalāḥ al-Dīn - semoga Allah meredai baginda - adalah seorang penghafal al-Quran dan juga penghafal kitab “al-Tanbīh” [karangan Imam al-Shīrāzī] di dalam fiqh mazhab Syafie. Baginda adalah seorang yang sangat kuat beragama (dayyin), seorang yang warak (wariʿ), seorang pejuang (ghāzī) dan ahli jihad (mujāhid), yang bertaqwa (taqī).”

ولما كان للسلطان المذكور صلاح الدين رضي الله عنه هذا الاهتمامُ بعقيدة الإمام الأشعري، ألف الشيخ النحويُّ محمد بن هبة كتابا في العقيدة، وأهداه للسلطان صلاح الدين، فأقبل عليها وأمر بتعليمها حتى للصبيان في الكتاب، وصارت تسمى فيما بعد (( العقيدة الصلاحية )) نسبة إلى السلطان صلاح الدين الأيوبي رضي الله عنه

“Dan apabila diketahui bahawa Sultan Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyūbī mengambil berat tentang akidah al-Imām al-Ashʿarī, maka [al-Imām Tāj al-Dīn] al-Shaykh al-Naḥwī Muḥammad bin Hibah (Hibatullah al-Barmakī) [w.599H] telah mengarang sebuah kitab akidah dan menghadiahkannya kepada Sultan Ṣalāḥ al-Dīn dan baginda telah menyambutnya dengan baik dan memerintahkan agar ianya diajarkan hatta kepada kanak-kanak yang sedang diajar menulis.

Maka dengan sebab itu, kitab ini dinamakan selepas itu dengan nama “al-ʿAqīdah al-Ṣalāḥiyyah” sebagai nisbah kepada Sultan Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyūbī [yang memerintahkan agar ia dipelajari dan diajarkan] – Semoga Allah meredai baginda.”

PENUNTUT ILMU

baca juga :

Sumber FB Ustadz : Abdullaah Jalil

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Tokoh-Tokoh Besar Ulama Umat Islam - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan Ilmu, Taufiq dan Hidayah-Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®