Kesesatan Tashbih dan Tajsim Bermula Dari

Kesesatan Tashbih dan Tajsim Bermula Dari

Kesesatan Tashbih dan Tajsim bermula dari sikap dan kaedah berikut:

- fahaman literal untuk memahami nas mutashabihat

- menafikan majaz dalam bahasa Arab

- mentaghutkan takwil ijmali dan tafsili

- kejahilan bahasa Arab khususnya balaghah

- tidak faham keluasan dan kedalaman bahasa Arab

- tidak memahami bahawa bahasa Arab berbeza dengan bahasa bukan Arab

- tidak mempunyai asas aqidah tanzih dan taqdis 

- tidak tahu bahawa aqidah Tajsim dan Tashbih ialah akidah Yahudi dan Nasrani

- tidak beradab dengan tujuh (7) adab Salafus Soleh terhadap nas mutashabihat sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali 

Tambahan pula:

- bodoh atau jahil tapi merasa alim dan tahu

- ego atau sombong

- ujub (kagum diri) atau poyo 

- taksub

Sesiapa yang mempunyai sikap dan memakai kaedah di atas, maka ia ibarat penyakit berat yang tiada ubatnya

Hanya rahmat Allah sahaja yang boleh menyelamatkannya kerana pada hakikatnya terdapat penyakit “zaygh” (kecenderungan kepada kesesatan) di hati mereka sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran - ayat 7, Surah Ali ‘Imran. 

PENUNTUT ILMU

Sumber FB Ustadz : Abdullaah Jalil

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Kesesatan Tashbih dan Tajsim Bermula Dari - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan Ilmu, Taufiq dan Hidayah-Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Ulama