Hukum Menambah Lafaz Saidina Dalam Selawat Di Dalam Solat

Hukum Menambah Lafaz Saidina Dalam Selawat Di Dalam Solat

HUKUM MENAMBAH LAFAZ "SAIDINA سَيِّدِنَا" DALAM SELAWAT DI DALAM SOLAT

al-'Allamah Ibn Iwad al-Mardawi al-Hanbali berkata di dalam hashiyah beliau ke atas syarah Muntaha al-Iradat yang berjudul فتح مولى النّهى لديباحة شرح المنتهى,

وأما في الصلاة عليه منا، فهل الأفضل ذِكر السيد مراعاةً للأدب، أو عدم ذِكره رعايةً للوارد في كيفية الصلاة لما سألوه عنها، وهو قوله صلى الله عليه وسلم (قولوا اللهم صل على محمد....الخ) فلم يذكر لفظ سيد؟

"Adapun ketika kita berselawat, adakah lebih afdal menambah "Saidina" untuk lebih beradab, atau tidak menambah "Saidina" untuk lebih meraikan kaifiat selawat yang baginda ajarkan ketika disoal berkenaan caranya? Iaitu sabdaan Nabi ﷺ: {Katakanlah: Ya Allah, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad,.. hingga akhir}, dan baginda tidak menambah lafaz Sayyid?

لم أرَ في ذلك نقلاً، والذي يُؤخذ من صنيع (الش) هنا و(المص) في التحيات ودعاء القنوت = المساواة.

"[Ibn Iwad berkata:] Saya tidak menjumpai sebarang nukilan (fuqaha Hanabilah sebelum ini), yang boleh kita simpulkan daripada gaya Imam al-Buhuti [الش] di sini, dan juga Imam Ibn an-Najjar al-Futuhi [المص], (berkenaan taswid di dalam) solat dan doa qunut adalah = (kedua-duanya) sama (dibolehkan)."

Dibolehkan menambah "Saidina" dalam selawat, di dalam solat atau pun di luar solat di sisi mazhab Hanbali. Ia bukan perkara bidaah buruk. 

Sesiapa yang tidak tambah, maka dia telah menepati sunnah mentaati arahan. Sesiapa yang menambah, maka dia telah menepati sunnah melazimi kemuliaan adab.

al-'Allamah; Ahmad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Iwad [al-ibn] al-Mardawi an-Nabulsi al-Hanbali, faqih dan mutakallim Hanbali Athari, empunya hawashi yang masyhur ke atas kitab-kitab mazhab, bahkan mencoretkan hashiyah ke atas as-Sanusiyyah. 

Hanbali – Athari Malaysia 🇲🇾

Maqadisah المقدسي الحنبلي 

Sumber FB : Maqadisah

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Hukum Menambah Lafaz Saidina Dalam Selawat Di Dalam Solat - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan Ilmu, Taufiq dan Hidayah-Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®