Bolehkah Jama' Takhir Di Rumah?

Bolehkah Jama' Takhir Di Rumah?

[BOLEHKAH JAMA' TAKHIR DI RUMAH?]

Soalan:

Zaid seorang musafir. Kemudian saat waktu Zuhur, dia sengaja niat jamak ta’khir dan akan melakukan solat Zuhur dan solat Asar di rumahnya, walaupun dia boleh sahaja jamak taqdim pada waktu Zuhur. Dan pada akhirnya Zaid sampai di rumah (sempadan kampung) ketika memang sudah masuk Asar dan kemudian solat Zuhur dan Asar di rumah dia. Adakah Zaid berdosa dan apakah Zaid boleh jamak ta’khir di rumah? 

Jawapan:

jika dia sengaja niat jamak ta’khir di rumahnya, yang maknanya mahu mengerjakan solat jamak Zuhur dan Asar tidak dalam keadaan safar, maka hukumnya tidak boleh, sebab jamak adalah kemurangan safar. Tetapi jika niatnya hanya jamak ta’khir sahaja, tidak niat mengerjakan solat jamak di rumah, dan saat masuk waktu solat Asar dalam safarnya dia tak jadi jamak, tetapi langsung pulang ke rumah dan baharu mengerjakan solat di rumah, maka solat Asarnya adalah ada’ dan solat Zuhurnya adalah qodho’ tanpa dosa. 

Syaikh Ismail Zen al-Yamani dalam kitab Qurratul Ain pernah menjawap masalah yang hampir sama dengan persoalan ini, iaitu niat jamak ta’khir bersamaan ia tahu bahawa nanti sebelum mengerjakan dua solat tersebut dia sudah sampai di rumah. Secara kesimpulan, kandungan fatwa beliau adalah sebagai berikut: 

“Sekira saat safar ia sudah niat jamak ta’khir sebelum keluar waktu solat yang pertama, maka ia sebetulnya telah menetapi syarat jamak ta’khir. Niat ini dikira shahih dan sudah memperbolehkan melakukan jamakn ta’khir. Oleh kerana itu, jika solat pertama (misal Zuhur) dikerjakan pada waktu solat kedua (waktu solat Asar) sebelum hilangnya uzur (bermukim dari safar), maka solat pertama adalah  ada’ (bukan qodho’). Akan tetapi jika ia mengerjakan solat pertama pada waktu yang kedua selepas uzur safarnya habis, misalkan dia sudah mukim (mukim sebelum mengerjakan solat pertama), maka solat pertama tersebut menjadi qodho’ yang tidak ada dosanya”.

Syaikh Ismail kemudian memberikan alasan, bahawa dikira qodho’ sebab solat pertama dikerjakan di luar waktunya. Dan tidak berdosa, kerana ia telah melakukan niat jamak ta’khir secara shahih. Dalam dalam kitab-kitab fikih, syarat jamak ta’khir disebutkan ada dua, iaitu (1) niat jamak ta’khir sebelum waktu solat yang pertama habis (2) uzurnya (misa safar) berterusan hingga sempurna solat yang kedua. 

Daripada syarat itu, jika seseorang melakukan solat pertama (Zuhur misalnya) dan kedua (Asar misalnya) pada waktu kedua (waktu Asar) dan solat pertama tersebut sempurna sebelum uzurnya hilang (masih musafir), maka solat pertama (Zuhur) dikira ada’, kerana telah menetapi dua syarat yang telah disebutkan. Jika tidak seperti itu, maka solat pertama (Zuhur) menjadi qodho’ yang tidak ada dosa, kerana ia telah melakukan niat yang memperbolehkan melakukan jamak ta’khir. Niat tersebut adalah yang memperbolehkan melakukan jamak ta’khir. Adapun berterusan uzur safar hingga sempurna bukan syarat jamak ta’khir, tetapi ianya merupakan syarat supaya solat yang pertama dikira ada’ (bukan qodho’) dengan niat yang muktabar. 

Kemudian dalam Syaikh Ismail menambahkan fatwanya yang lain:

والحاصل ان من كان في وقت الاولى مستجمعا لشروط الجمع فله نية تأخير الاولى الى وقت الثانية وان علم انه يكون في وقت الثانية مقيما وتكون الاولى حينئذ قضاء لا اثم فيه لوجود المجوز لنية التأخير في وقتها وهو وجود السفر ولاعبرة بما قد يلحظ أنه سيكون في وقت الثانية مقيما لان هذا ملحظ لوقوع الاولى أداء لا لجواز التأخير. 

“Kesimpulannya, bahawa orang yang pada waktu solat yang pertama menetapi syarat-syarat jamak, maka ia boleh niat mengakhirkan solat pertama pada waktu solat kedua, walaupun ia tahu pada waktu kedua ia sudah mukim. Dan kerana itu solat pertama adalah qodho’ yang tiada dosa, kerana sudah ada niat ta’khir pada waktunya, iaitu wujudnya safar (pada waktu itu). Dan adanya besitan bahawa ia pada waktu kedua sudah akan mukim tidak mempengaruhi apapun, kerana ini hanya besitan terjadinya solat yang pertama secara ada’, bukan tentang bolehnya melakukan ta’khir” (Qurratul A’in ms. 73).

Dengan penjelasan diatas, maka dapat disimpulkan bahawa jika seseorang niat akan melakukan solat jamak ta’khir selepas sampai rumah, hukumnya adalah tidak boleh sebab jamak mesti dilakukan dalam safar, kerana solat jamak adalah kemurahan (rukhsah) safar. Tetapi jika niatnya jamak ta’khir saja dan tidak ada niat solat dilakukan di rumah, walaupun dia tahu bahawa nanti pada waktu yang kedua dia sudah sampai rumah (mukim), maka jika selepas masuk waktu asar ia sudah sampai rumah sebelum melakukan solat Zuhur dan Asar dalam perjalanan, maka solat Asar dikerjakan ada’ dan solat Zuhur dikerjakan dengan qodho’ tanpa berdosa.       

Disediakan Oleh:

Nur Hidayat Muhammad

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - ARG

Sumber FB :  Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - ARG

27 November pukul 09.33  · 

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Bolehkah Jama' Takhir Di Rumah? - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan Ilmu, Taufiq dan Hidayah-Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®